salam alaik .
tiap satu dari kita .
punya pikiran yang tak senada .
tiap satu dari kita .
punya rasa yang berbeza .
tiap satu dari kita .
punya pembawaan diri yang tak serupa .
akuinya saja .
tiap satu dari kita memang tak sama .
lalu kenapa kau masih memaksa aku untuk terus menerus cuba menyarung kasut yang engkau punya itu ?
kenapa kau masih cuba mendesak aku untuk terus menerus mencuba memakai baju yang pastinya bukan milik aku itu ?
sedangkan kau sendiri tahu .
kasut yang kau pakai itu tak sama dengan kasut punya aku .
baju yang kau sarung itu tidak muat dengan saiz tubuh aku .
malah kasut yang kau pilih itu tidak memenuhi citarasa aku .
dan malah baju yang kau ambil itu tidak mencapai piawaian ditetapkan oleh aku .
pasti kau juga pernah dengar pepatah inggeris 'not my cup of tea' bukan ?
dan mengapa kau masih tidak mahu menghormati apa yang aku lontarkan di saat engkau meminta aku punya pandangan ?
dan mengapa masih kau tak mahu menerima pembawakan diri aku yang sedia ada memang begini ?
mengapa masih terus memaksa ?
memaksa aku untuk terus menjadi bukan diri aku ?
mengapa ?