Salam alaik .
ya , kerana diam itu punya bicara yang tertinggi .
diam.
pada manusia yang memang tugas hakikinya hanya mahu mencari silapnya pada dirimu .
diam .
pada manusia yang sudah cuba kau berikan justifikasimu atas suatu hal namun masih tetap kurang timbang rasa nya terhadapmu.
diam .
pada manusia yang menjatuhkanmu di saat kau mula mahu bertatih mengenal duniamu.
diam .
pada manusia yang sentiasa berusaha gigih meletakkan kehidupanmu dalam keadaan yang susah .
diam .
pada manusia yang sememangnya tidak mahu menerima kehadiranmu .
atas semua hal yang berlaku ,
lantas kau memilih untuk diam .
ya .
sudah ku coretkan di atas tadi .
kerana diam itu sendiri punya bicara yang tertinggi .
tak perlu kau bazirkan bicaramu pada manusia yang masih belum dibuka hatinya untuk mengenali serta menerima hadirnya dirimu .
diam yang kau pilih bukan bermakna selamanya kau meletakkan dirimu di bawah mereka .
tapi kerna kau mendahulukan akhlak yang berhikmah dalam berkomunikasi sebagai pakaian untuk kau tunjukkan pada mereka .
dan kerana diam yang kau pilih itulah yang mampu menyelamatkan banyak hal dalam satu satu masa .
diam itu menyelamatkanmu .
diam itu juga menjaga perhubunganmu .
diam itu juga meredakan suasana .
diam itu juga butir mutiara yang punya maksud yang tinggi .
ya .
lalu aku memilih untuk diam saja .
walau dengan diam itu selalunya mematikan suasana .
tapi percayalah .
bahawa diam itu punya bicara yang tertinggi .