eh ! jumpa lagi .
Alhamdulillah , si Dia beri ana kesempatan sekali lagi untuk menjalani madrasahNya yang sentiasa dipenuhi dengan keberkatan .
Alhamdulillah .
mula-mula , terasa macam tak bersemangat , tapi setelah berusaha untuk menyiapkan mental ini , akhirnya berjaya jua .
kerana ramadhan itu perlukan persiapan mental , ibarat kata ust. zulkifli tadi .
jadi , harapan ana kali ini , semoga ramadhan yang bakal dijalani pada minggu ini , akan menjadi lebih baik lagi daripada ramadhan yang sebelum ini .
InsyaAllah .
kerana seorang hamba Allah itu , jika ramadhan yang dilaluinya sepanjang dia masih hidup , tidak menjadikan dia lebih baik daripada yang sebelumnya , maka sia-sia saja dia bergelar seorang Muslim !
2012 .
tahun terakhir ana menjalani ibadah puasa di smkakl .
jadi , jom kutip segala kenangan sepanjang ramadhan kat sini !
tahun depan dah tak ada lagi nak sambut kat sekolah . =')
''Ya Allah , bantu aku untuk menjadikan ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari tahun yang sebelum ini ya Allah , bantu aku untuk menjadi seorang hambaMu yang ikhlas menjalani bulan barakah ini dengan niat hanya kerana Engkau
amin ''
tazkirah ummi , jadi hamba Allah , bukan hamba ramadhan !
jadi , ramadhan kareem ! =)