When you find yourself to help someone, be happy because Allah is answering that person's prayer through you.

#19

salam alaiyk .

selamat bersua kembali di tempat yang sama  .
iaitu di hadapan monitor anda .

minggu lalu , tayangan yang dikendalikan oleh pihak Badar telah berjaya mengetuk pintu hati ana yang agak keras ini .

tayangan tentang apa ?
tayangan tentang bagaimana kita melihat orang lain .

muallim dalam video tersebut bertanyakan satu soalan .

''jika anda sekarang berada dalam majlis ilmu , bilamana anda melangkahkan kaki anda keluar dari masjid ini dan anda melihat ada sekumpulan hamba Allah sedang melakukan maksiat , apakah yang bakal anda katakan pada mereka ? adakah anda akan menyapa mereka dengan ucapan salam atau anda beristighfar panjang lalu terus menghindari mereka sambil berkata ''ya Allah , jauhkan aku daripada syaitan - syaitan ini''.

apakah pilihan anda ?

soalan muallim tersebut betul- betul menyentak  ana .
pada mulanya ana memilih untuk pilihan yang kedua itu . lalu dengarkan jawapan muallim tersebut .

jika anda memilih untuk tindakan yang kedua itu , sebenarnya anda lah syaitan tersebut .
tetapi jika anda memilih tindakan yang pertama , maka anda selangkah dalam usaha untuk menjadi da'ie keran kita mungkin tidak tahu bahawa mungkin dengan ucapan salam yang kita berikan itu mampu untuk mengetuk pintu hati mereka agar berhenti melakukan maksiat yang sedang mereka lakukan pada waktu tersebut .

muallim ini menyedarkan ana bahawa semua hamba Allah itu sama saja di pandangan mata Allah . hanya amalan kita sahaja yang menentukan kedudukan kita di mata Allah . siapa kita untuk menentukan kedudukan seseorang manusia itu di sisi Allah ? sedangkan kedudukan diri kita sendiri pun kita tidak tahu apatah lagi orang lain .

muallim tersebut juga mengajar bahawa Islam itu adalah agama yang beradab .
Islam juga mengajar kita bagaimana untuk melihat seseorang yang lain .
mungkin bila kita terlalu menghina orang lain dengan segala kelemahan dan keburukan yang dia lakukan , kita mungkin tidak tahu bahawa mungkin dia jauh lebih baik daripada diri kita .
Masya Allah . Astaghfirullah .

kelas ust. Harfizi yang lalu juga telah membawa ana menghayati lagi satu perkara .
seorang ulama itu ialah seorang yang beramal dengan ilmunya , bukan setakat mempunyai ilmu yang tinggi .

justeru , ayuh ubah persepsi serta pandangan kita terhadap orang lain dan jangan selalu merasakan bahwa kita adalah orang yang paling baik dan mulia di atas muka bumi ini tetapi anggaplah bahawa kita adalah manusia yang paling hina di pandangan mata Allah .

sekian , wassalam .