salam alaik.
*menulis sambil ditemani lagu rose version instrumental + abang si kucing yang sedang lena tidur*
woww woww woww !
last post when i spent a really precious vacation with the mpps at sabah.
then ,
this is the post after nadjida reached 21 years old .
dah boleh mengundi dah nadjida oiii .
nanti kita daftar ye . menggunakan kuasa rakyat sepenuhnya kihkihkih .
so kali ni nak rant pasal apa ?
how bout how we celebrate the starting of chapter 2 for 2016 .
a good start since january went too early yet nadjida still in the worst phase in searching her own self .
this is the post that i promised to write after went to broga hill with huda and ieqa .
well thank you for the plan huda and the surprise too .
okay post bahasa melayu pulak lahh .
vocabulary makin berkurang parah teruk dahni ,
broga hill .
bukan nak post pasal broga pun sebenarnya sebab tak pernah tahu kewujudannya , sejarahnya , siapa yang jumpa , manusia pertama yang daki broga . semua tu tak pernah ada dalam pengetahuan seorang nadjida .
tapi .
nak cerita bagaimana dengan meneroka bumi tuhan ni memberikan falsafah yang tersirat dalam kehidupan seorang manusia.
*gaya cakap macam dah daki sepuluh bukit je*
well tak salah untuk bercerita pasal apa yang seorang nadjida fikir sepanjang mendaki bukit tu kann ?
this aint a crime ! okay dahh .
mesti pernah dengar pasal 'perjalanan seribu batu bermula dari langkah yang pertama' punya ayat kan ?
so the basic starts from here .
dalam hidup ni siapa yang taknak berjaya ?
well berjaya tu umum . terpulang pada individu bagaimana mereka mentafsirkan berjaya itu berjaya yang jenis bagaimana .
sebab manusia ni a bit complicated kan .
ciptaan tuhan yang terlalu istimewa yang menunjukkan bahawa uniknya ciptaanNya kerana hatta kembar yang berkongsi satu rahim yang sama selama 9 bulan sekalipun tidak mungkin punya pemikiran mahupun perangai yang sama .
kita mulakan langkah yang pertama dengan meniti kaki bukit yang agak rendah dan landai .
kita rasa kan ohh ni senang je ni .
taklah susah sangat .
cuba kita flashback sikit macam mana kehidupan kita masa umur 5-12 tahun .
senang kan ?
there goes the concept .
tapi semakin kita berjalan , semakin kita melalui jalan yang sukar .
menuntut kita untuk berhenti seketika bagi melepaskan lelah di dada menarik nafas udara yang diberikan tuhan secara percuma .
walau penat tu terasa makin memberat , kita rasa macam nak teruskan lagi biar sampai ke puncak nya .
perjalanan yang sukar buat kita rasa tercabar .
dan akhirnya kita tiba ke puncaknya . di penghujungnya .
lalu apa yang kita buat pabila sampai di atas sana ?
kita berehat , minum air , dan pastinya beratus gambar diambil sebagai bukti kepada seluruh manusia yang aku dah berjaya tawan bukit itu dan ini kan ?
gambar sebagai bahan kenangan . bukti bahawa aku tak menipu . buat koleksi tunjuk kat anak cucu nanti .
indah .
alam mengajar manusia untuk tak putus asa .
alam mengajar manusia bahawa nanti kau akan tiba di satu pengakhiran yang gembira .
alam mengajar kau bahawa dalam menempuh perjalanan yang sukar ini , akan lebih bermakna jika kau lakukannya bersama teman dan keluarga .
alam mengajar kau bahawa dengan bermusafir itu kau akan lebih mengagumi ciptaanNya . merasakan kau adalah makhluk yang tersangatlah kerdil dibanding dengan ciptaan yang lain .
alam mengajar kau bahawa ketahuilah setinggi mana pencakar langit dan bandar mewah yang kau bina , ke alam jua kau carikan ketenangan jiwa .
alam mengajar kau bahawa dalam perjalanan kehidupan ini bukan lah terus mendaki tanpa henti , tapi kadangkala kau perlu berhenti untuk melepaskan lelah yang kau lalui .
alam mengajar kau yang kita mungkin mendaki jalan yang berbeza tapi nanti kita akan bertemu di puncak yang sama .
dan akhirnya pabila kau tiba di puncak , segala kepenatan yang kau lalui tadi kau rasakan seolah terbayar dengan sendirinya .
sedangkan tiada apa ganjaran yang dijanjikan pada awal perdakian tadi .
ajaib kan .
puas seribu gambar diambil , kau turun semula kerana merasakan sudah cukup .
perjalanan turun yang mungkin sama ataupun berbeza , tapi kita akan tiba juga di checkpoint yang mula mula sekali .
dalam sibuk kau kejarkan definisi kejayaan tafsiran kau sendiri , jangan lupa yang kau kena kembali kepada kenyataan ,
back to reality , just now it was all the escape to run from the reality that might be hard and tough for some time .
senang cakap , jangan terlalu lama untuk berhenti seketika dalam mengejar kehidupan kerana ada banyak lagi urusan yang masih belum kau laksana .
dan akhirnya kau akan jalani kehidupan seperti biasa .
kegembiraan pabila tiba di puncak itu sebenarnya hanya seketika dibanding dengan kesusahan kau menempuh perjalanan menuju ke puncak .
jadi wahai manusia , bergurulah dengan alam . guru semulajadi ciptaanNya . moga kau peroleh sedikit dari apa yang nadjida bicara .
falsafah alam .
p/s:sorry for this long post . these words came out naturally .