16 Februari 2015 .
Genap sudah Siti Nadjida binti Abd Talib 20 tahun hidup atas muka bumi ini .
Dah takde dah belas belas umur tu ehh . haha .
Hmm dah besar sikit lahh nampaknya ye .
10 years back , if i could draw it in a timeline .
the graph will has more points plotted at negative axis .
Allah hantarkan ribut , petir , kilat , tsunami , gempa bumi , segala taufan dalam masa 10 tahun ini.
Di akhirnya sudah pasti Allah mahu berikan pelangi bukan ?
Pelangi yang ku peroleh harini ialah kekuatan untuk aku terus berdiri dengan senyuman .
Walau dalam tangisan .
Walau dalam hujan , senyuman kekuatan itu pasti akan dapat aku ukirkan .
Tak ramai yang tahu .
Bahkan tiada siapa mahu tahu .
Datangnya nadjida dari latar belakang yang berbeza , menghadapi situasi semasa yang berbeza dan sudah tentu di masa depan nanti nadjida akan berada dalam keadaan yang berbeza .
kekuatan yang diperoleh bukan hanya setakat turun naik bangunan , mendaki dan menuruni bukit mahupun didenda dalam keadaan berhujan berpeluh bersama satu skuad .
ia tidak semudah itu .
sungguh bukan mudah .
aku ulangi . tidak mudah .
aku mampu untuk mengetahui kebenaran asal usul diri sendiri dalam keadaan tersenyum .
dalam keadaan payahnya menahan air mata agar tidak terus mengalir di hadapan wajah tua itu .
bertanya dan terus bertanya agar kepastian yang akan aku peroleh tidak menyukarkan hari akan datang nanti .
wahai insan berhati mulia ,
terima kasih kerana sudi membela aku sehingga ke hari ini .
terima kasih atas setiap pengorbanan yang kau curahkan .
terima kasih atas setiap wang yang kau laburkan .
terima kasih atas setiap nasihat yang kau curahkan .
terima kasih atas setiap masakan yang kau masakkan .
terima kasih atas setiap kasih sayang yang kau berikan .
terima kasih atas setiap senyum dan tawa yang kau ukirkan .
terima kasih atas setiap cerita yang kau kongsikan .
terima kasih atas setiap baju baru yang kau belikan .
terima kasih atas setiap permintaan aku yang kau penuhkan .
terima kasih kerana tidak pernah membezakan aku punya kehadiran .
walau terkadang tersasul memanggil aku dengan nama anak-anakmu .
masa yang kau berikan sungguh aku tak mampu untuk bayar kembali .
kau mencorakkan kehidupan aku sama seperti manusia normal yang lain .
yang kadangkala aku terlupa bahawa status aku tidak sama dengan manusia biasa .
yang kadangkala aku terlupa bahawa aku lah yang telah mencuri kasih sayangmu daripada anak-anakmu .
yang kadangkala aku terleka bahawa aku tidak punya hak walau secebis untuk meminta lebih .
tapi kau tidak pernah membezakan aku dengan yang lain .
di hari aku genap 3 hari , kau sudi ambil aku jadi sebahagian daripadamu .
dan di hari aku genap 20 tahun ini lah , tiada kata lain yang aku mampu ucap .
terima kasih wahai insan mulia , Asnah binti Jamal .
moga Allah merahmatimu . moga Allah tempatkan mu dikalangan orang yang beriman .
moga Allah balas setiap pelaburan kau ke atas aku di syurgaNya nanti .
dan dengan itu , aku berjanji untuk memastikan bahawa pelaburan kau ke atas aku bukanlah pelaburan yang sia-sia .
aku ingin luangkan masa lagi bersamamu . sungguh tak banyak masa yang aku berikan untukmu .
moga Allah kabulkan permintaan aku .
amiiinn .
sekali lagi . terima kasih mama .