When you find yourself to help someone, be happy because Allah is answering that person's prayer through you.

#38


*this post was supposed to be published on Last Ramadhan .


Salam alaiyk .
Buat masa sekarang ni ana tak online guna internet . takut lalai nanti tak buka buku pulak .
Hari ini genap sebulan berpuasa untuk tahun ini . maknanya genap jugalah ana berpuasa sebagai budak sekolah . sedihnya .
Lepas ni , tak ada dah na berebut cop meja , berpusu balik awal , pergi kantin walau tak beli satu apa , berjalan ramai ramai , tengok matahari terbenam ramai ramai , cari pasal dengan budak junior , mmm haha . lawak jugak kan . dah besar besar pon still lagi nak kacau orang . mmm . terima kasih sahabat sebab dah mewarna ramadhan ana !
Ramadhan , kalau ada jodoh nanti kita jumpa lagi ye . insyaAllah . amin .
Sebak la mengenangkan waktu yang masih tinggal sikit je lagi nak habiskan kat smkakl .
Ana seorang yang tak pandai nak tunjukkan kasih sayang ana kat seseorang , tapi percayalah yang ana sangat sayangkan sahabat ana , kat smkakl yang dah byak ajar ana jadi seorang yang lebih baik lagi .
Nak tahu tak ?
Dulu ana tak pernah terawih , tapi bila masuk smkakl baru terkial kial belajar solat terawih .
Kalau dulu ana tak pakai tudung , tapi bila masuk smkakl baru belajar pakai tudung full .
Dulu ana selalu tinggi suara kat mama , tapi bila masuk smkakl , ana try control suara bila cakap dengan mama .
Kalau dulu ana selalu solat on off , tapi bila masuk smkakl , sesibuk macam mana pun gagahkan diri jugak nak solat .
Dulu ana selalu tak jaga perasaan kawan kawan , tapi bila masuk smkakl sahabat lah yang banyak mewarnai hidup ana .
Kalau dulu ana tak pernah dengar nasyid , tapi bila masuk smkakl ana lagi suka dengar nasyid .
Dulu ana tak pernah tahu solat dhuha berapa rakaat , tapi bila masuk smkakl baru tahu nak buat solat dhuha .
Kalau dulu ana dengan lelaki ajnabi siap bertepuk bertampar , tapi bila masuk smkakl nak duduk dekat dengan lelaki rasa takut sangat .
Dulu ana tak pernah tahu kelebihan surah almulk , mathurat , manzil , hadis2 , tapi bila masuk smkakl semua benda tu dah melekat kat bibir ana .
Mmm . teruk kan ana dulu ?
Memang teruk pon . tak payah cakap ana tahu sendiri .
Ramadhan kali ini ramadhan terakhir ana sambut kat smkakl .
Sedih sangat sebab tahun depan dah tak sambut macam kat smkakl .
Tahun depan hanya Allah yang tahu ana kat mana . entah ada lagi atas muka bumi ini tak pun entah entah dah bertemuNya .
Siapa yang tahu kan ?
Mmm dah la . sebelum air mata ni betul2 mengalir jatuh kat pipi ana yang kurus kering ni , baik ana minta diri dulu .
Ni  je coretan ana untuk kali ini .
 segala salah silap ana mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . ana tahu ana dah terlalu banyak buat dosa sepanjang ana hidup atas muka bumi 17  tahun ini .
 segala ketelanjuran kata ,  terguris mana mana , banyak mengumpat dan mengata , selalu pukul sampai sakit semua , maafkan ana .
kepada nurhaisyah bt azmin , maafkan ana sebab dah terlalu banyak buat dosa kat anti sampai dah tak termaaf kan ? sekali lagi ana nak minta maaf kat anti . biarlah kebisuan antara kita yang mampu dizahirkan daripada ana terus menerus buat dosa kat anti .

yang benar ,
siti nadjida bt abd talib .
18 ogos 2012
Hari terakhir ramadhan =’( .