salam alaiyk . =)
Alhamdulillah , hari ini ana baru saja pulang dari rumah sahabat ana , Ain Sherena Zawawi .
Alhamdulillah , si Dia masih beri ana peluang untuk ana sentiasa perbaiki diri ana yang sentiasa perlukan sokongan .
dan InsyaAllah , esok ana akan stay di rumah sahabat lama ana yang sangat ana rindui , Aina Nadia Mizan .
my dearest Aina , semoga esok akan menjadi hari yang penuh dengan muzakarah cinta untukNya .
ana ingin berkongsi sesuatu di sini .
ustazah ana pernah beri ana satu ayat yang ana rasa boleh dijadikan pegangan untuk ana .
" jadilah seperti mawar berduri yang berada dalam balang kaca di mana duri itu sebagai pelindung dirimu dan
balang kaca itu merupakan perisai sebelum diri kamu dimiliki oleh hamba Allah yang telah ditetapkan untukmu "
ana terfikir sejenak .
untuk ana mendapatkan cinta manusia yang tidak selamanya kekal abadi , ana sepatutnya meraih dan merebut cinta Agung dariNya terlebih dahulu.
kerana kalau kita letakkan Allah di tempat yag pertama sebelum kita melakukan apa-apa ,
maka Allah akan permudahkan setiap segala urusan kita .
MasyaAllah .
lihat betapa Allah terlalu sayangkan setiap hambaNya . si Dia mahu kita lebih dekat denganNya .
kerana apa ?
kerana ROH kita telah berjanji denganNya di alam roh lagi .
jadi mengapa kita mesti mungkiri janji yang kita sendiri telah tetapkan ?
tepuk dada , tanya iman . =)
ayuh , kita mulakan langkah mendekatiNya kerana berubah untuk kebaikan itu bukan satu JENAYAH !
sempena bulan Rejab ini , ayuh kita siapkan diri kita untuk Ramadhan yang akn datang kerana di situ terletak pelbagai nikmat si Dia yang sangat banyak dan sangat MANIS jika diperolehi .
AYUH MULAKAN DARI SEKARANG ! =)